Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 

Bhg. Dasar Dan Perancangan Strategik

DR. ISMAIL JAMALUDDIN
Setiausaha Bahagian

Tingkat 3A, Menara PKNS-PJ,
No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 - 79606100 / 6101
Faks : 03 - 79606112

dasar_bm

 

1 OBJEKTIF
1.1 Memastikan perancangan, pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan dasar penyiaran, penerangan dan perfileman kementerian dilaksanakan dengan efektif dan selaras dengan Dasar Wawasan Negara.
2 PIAGAM PELANGGAN
2.1 Bahagian Perancangan akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai agen pembentukan dan pelaksanaan dasar penerangan dan penyiaran serta berkaitan dengannya seperti berikut :
a. Menyediakan kertas Jemaah Menteri dalam masa sebulan.
b. Menyediakan maklumbalas keputusan Jemaah Menteri dalam masa seminggu.
c. Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat yang diurus setia dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat.
d. Memproses baucer pembayaran dalam masa 2 hari dari tarikh invois diterima.
e. Menyediakan laporan pembangunan kepada agensi pusat dalam masa 3 hari.
f. Menyediakan laporan pemantauan siaran dalam masa seminggu
g. Mengurusetiakan Majlis Tindakan terhadap artis yang melanggar peraturan dalam tempoh 2 minggu.
h. Mengambil tindakan pencegahan dan pemulihan terhadap perkhidmatan yang dijanjikan.
3 FUNGSI BAHAGIAN
3.1 Bidang Dasar
a. Merangka, menggubal dan maklumbalas akan kertas-kertas dasar Jemaah Menteri.
b. Merangka dan menyediakan cadangan kertas dasar Kementerian Penerangan bagi pertimbangan YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.
3.2 Pengurusan dan Keurusetiaan
a. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa mengenai pelaksanaan dasar pembangunan peringkat Kementerian.
b. Menyediakan jawapan draf Parlimen.
c. Menguruskan khidmat Pengurusan Bahagian/Unit di bawah Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan.
4 AKTIVITI DI BAWAH FUNGSI OPERASI BAHAGIAN PERANCANG
4.1
Bidang Dasar
a.
Merangka dan menyelaras penggubalan dan penambahbaikan dasar-dasar Kementerian serta memantau pelaksanaannya.
b. Merangka dan menyediakan kertas dasar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi pertimbangan YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.
4.2 Pengurusan dan Keurusetiaan
a.
Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa mengenai perlaksanaan dasar pembangunan peringkat Kementerian.
b. Menyediakan draf jawapan Parlimen.
5 AKTIVITI BAGI FUNGSI OPERASI
5.1 Merangka dan Menggubal Kertas Dasar Jemaah Menteri
a. Mengkaji isu-isu dasar.
b. Penyediaan draf kertas dasar.
c. Keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian.
d. Kertas Jemaah Menteri.
e. Maklumbalas kepada Jemaah Menteri.
5.2
Merangka dan Menyediakan Cadangan Kertas Dasar Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Bagi Pertimbangan YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.
a. Mengkaji isu dasar/polisi Kementerian.
b. Penyediaan Kertas Dasar.
c. Keputusan Pengurusan Tertinggi.
d. Pelaksanaan Dasar.
e. Maklumbalas pelaksanaan.
5 .3 Mengurus Khidmat Pengurusan Bahagian/Unit di Bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
a. Mengurus Mesyuarat Bahagian.
b. Mengurus pengurusan sumber manusia/ pegawai/ kakitangan bahagian.
c. Menguruskan pengurusan keselamatan fail dan dokumen di pejabat.
5.4 Menyediakan Draf Parlimen.
a. Menyediakan Draf Jawapan.
b. Kelulusan Pengurusan Tertinggi Kementerian.


Kali terakhir dikemas kini : 21 April 2009