Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 

Bhg. Pengurusan Acara

TN HJ. ZAINI NYAK OTHMAN
Setiausaha Bahagian
Tingkat 36, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26128303
No. Faks: 03-26974081

Cawangan Media & Komunikasi Korporat

Unit Penerbitan & Dokumentasi :

  • Bertanggungjawab menyedia dan menyelaras pengeluaran serta penghasilan bahan penerbitan Kementerian.
  • Memantau liputan media bagi memastikan publisiti berterusan melalui keratan akhbar dan medium lain.
  • Membuat liputan foto dan menyediakan album untuk semua acara rasmi Kementerian
  • Memastikan maklumat semasa mengenai aktiviti KPKKW ada dalam simpanan

Unit Media & Komunikasi Korporat :

  • Menyelaras media dan mengurus liputan media bagi acara rasmi Kementerian
  • Mengurus persidangan media
  • Menjalinkan hubungan baik dengan media tempatan dan antarabangsa
  • Menyedia dan mengeluarkan catatan kepada pengarang/penyunting, kenyataan akhbar ucapan rasmi dan siaran bagi acara rasmi kerajaan kepada media
  • Menyelaras dan mengurus aduan daripada orang ramai/awam serta menyediakan maklumbalas
  • Menjawab teguran dan pandangan orang ramai/awam melalui media cetak dan media elektronik
  • Urusetia Hari Bertemu Pelanggan
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk jabatan dan agensi KPKKW dan pelanggan


Cawangan Acara Dan Protokol

Menguruskan hal-hal berkaitan acara Kementerian iaitu :

  • Merancang, melaksana dan menilai semua Dasar, Pengurusan Acara Berjadual dan Acara Khas KPKKW
  • Merancang, melaksana menilai semua Bajet dan Perolehan Unit Acara
  • Menyelaras acara-acara Peringkat Nasional anjuran Kementerian / Jabatan / NGO dan Swasta
  • Membantu Agensi dan Bahagian di bawah KPKKW bagi mengendalikan Acara Utama dan Peringkat Nasional
  • Menyediakan Kalendar Acara Tahunan KPKKW
  • Merancang dan menyediakan Pelan Pemasaran Acara KPKKW
  • Menyediakan Laporan dan Dokumentasi Acara
  • Merancang dan melaksana Pengurusan Acara Berjadual
  • Merancang dan melaksana produksi persembahan semua acara
  • Menyelaras konsep dan menguruskan protokol
  • Merancang dan melaksana urusan teknikal dan logistik
  • Menyediakan reka bentuk bahan-bahan protokol
  • Menyediakan semua urusan grafik serta dokumentasi


Cawangan Pengurusan Kempen

Unit Perancangan dan Perlaksanaan Kempen

  • Merancang aktiviti Nilai-nilai Murni anjuran Kementerian/Jabatan/Agensi dan Swasta
  • Menyelaras mesyuarat-mesyuarat utama mengenai Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di semua peringkat
  • Menyediakan laporan-laporan kempen dan Nota Jemaah Menteri di peringkat Kementerian
  • Menyediakan kertas kerja berkaitan dengan penganjuran kempen
  • Menyediakan deraf ucapan kepada Menteri dan Timbalan Menteri KPKKW berkaitan kempen


Unit Pengurusan Maklumat Kempen

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen anjuran Kementerian
  • Merancang dan menguruskan perolehan dan pengagihan bahan kempen
  • Menyelaras pendokumentasian bahan-bahan kempen dan program kempen
  • Menguruskan ceramah/taklimat/forum kerajaan berkaitan dengan kempen
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan penajaan kempen
  • Mengurus maklumat-maklumat kempen dengan pihak media.


Unit Pemantauan Kempen

  • Melakukan pemantauan terhadap perjalanan aktiviti kempen di semua peringkat
  • Menyelaras kaji selidik keberkesanan kempen

Hala tuju dan Perancangan Strategik Tahun 2008-2012 Bahagian Pengurusan Acara dan Perhubungan Awam :

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni ke segenap lapisan masyarakat ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi luhur.
  • Melaksanakan Program Majlis Rumah Terbuka Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi lain ke arah perpaduan kaum serta mengeratkan hubungan pemimpin dengan rakyat.
  • Memperhebatkan publisiti dan promosi yang berkesan ke arah menjadikan KPKKW sentiasa dekat di hati rakyat.
Kembali ke atas