Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 

Bhg. Dasar Kebudayaan

PN. HJH FATIMAH BT HJ. AHMAD


Setiausaha Bahagian
Tingkat 34, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2612 8249
No. Faks: 03-2697 3646

carta_dk_bm

1. LATAR BELAKANG

Bahagian Dasar Kebudayaan telah ditubuhkan pada 10 April 2009 seiring dengan pewujudan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Bahagian ini diletakkan di bawah Sektor Kebudayaan yang diterajui oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan). Ia terdiri daripada 2 cawangan iaitu Cawangan Dasar Kebudayaan dan Cawangan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Cawangan Dasar Kebudayaan
Tingkat 34, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2612 8250
No. Faks: 03-26973646

Cawangan PUSPAL
Tingkat 30, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail
50694 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2612 8360
No. Faks: 03-26985264

2. OBJEKTIF

2.1 Membangun, menyemarak dan merakyatkan seni, budaya dan warisan;

2.2 Membangunkan seni budaya dan warisan sebagai industri kreatif negara yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara;

2.3 Menyebarluaskan produk seni budaya dan warisan ke peringkat global ke arah merealisasikan Malaysia sebagai hab seni budaya dan warisan di rantau Asia; dan

2.4 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap seni budaya dan warisan ke arah gagasan 1Malaysia.

3. PIAGAM PELANGGAN

3.1 Menyediakan kertas Jemaah Menteri berhubung kebudayaan dalam masa sebulan;

3.2 Menyediakan maklum balas keputusan Jemaah Menteri dalam masa seminggu; dan

3.3 Keputusan permohonan persembahan artis-artis luar negara di Malaysia dalam tempoh dua minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

4. FUNGSI

(a) Cawangan Dasar Kebudayaan

(1) Merangka dan menyediakan cadangan kertas dasar Kementerian berkaitan seni dan budaya;

(2) Merancang, menyelaras, mengemaskini dan memantau pelaksanaan dasar dan akta-akta yang berkaitan dengan seni budaya;

(3) Menyediakan jawapan soalan Parlimen Sektor Kebudayaan;

(4) Menyelaraskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Sektor Kebudayaan;

(5) Menyelaraskan kerjasama di antara KPKK, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan Sekolah Seni; dan

(6) Urus setia bagi:

  • Mesyuarat Penyelarasan Sektor Kebudayaan;
  • Dana Industri Kreatif RM200 juta;
  • Tabung Kebajikan Penggiat Seni RM3 juta;
  • Pelan Induk Industri Kreatif Sektor Kebudayaan;
  • Pelan Strategik Jangka Panjang Sektor Kebudayaan;
  • Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
  • Technical Working Group (TWG) Kebudayaan dan Warisan Rancangan Malaysia Ke 10 di bawah Program Pembangunan Kebudayaan; dan
  • Jawatankuasa Pembangunan Rohani, Nilai dan Kualiti Hidup dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Modal Insan.

(b) Cawangan PUSPAL

  1. Agensi Pusat bagi menerima, memproses dan meluluskan permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara;
  2. Memproses permohonan pengecualian cukai dan duti hiburan bagi diperakukan kepada Kementerian Kewangan;
  3. Memproses permohonan sokongan lantikan Pegawai Dagang dalam bidang kebudayaan dan kesenian;
  4. Memproses permohonan pengesahan taraf antarabangsa artis luar negara bagi maksud sokongan pengecualian duti hiburan dan cukai pegangan;
  5. Memproses permohonan potongan cukai bagi penajaan persembahan dan pertunjukan kebudayaan, kesenian dan warisan tempatan dan luar negara;
  6. Program Akreditasi Artis Tempatan dalam bidang Seni Persembahan;
  7. Urus setia Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa PUSPAL yang terdiri daripada Kementerian/ Agensi yang berkaitan; dan
  8. Menguruskan majlis dialog/ perbincangan AJK PUSPAL dengan penganjur/ agen persembahan artis luar negara.